hai assalamualaikum..
puasa x hari ni..hhhmrm mestilah puasa. ada ke yang x puasa hari ni..
"aduh tibe2 sakit pulak!! nak kene pergi jumpa doktor ni kalau sakit mcm ni..."
Pernah berlaku x seperti di atas. x kira sakit apa pun di bulan Ramadhan ni tapi yang penting sakit kan.. sakit di bulan puasa pulak tu n then nak kene pergi jumpa doktor dalam bulan puasa ni..eh3x jap..jap...jap.. ok, sebelum nak pergi jumpa doktor tau x ada perkara yang boleh membatalkan puasa & ada pula perkara di dalam bidang perubatan yang tidak membatalkan puasa..tahu ke x..kalau tidak tahu, kat sini saya senaraikan 19 perkara yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan..
- Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, KECUALI Parenteral Nutrition (Fluid therapy)
- Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah(sublingual). Biasanya digunakan untu merawat sakit jantung.
- Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian(doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination)
- Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
- Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan)
- Pendermaan darah atau menerima darah
- Bantuan oksigen atau gas pelali (anaesthetic gases)
- Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
- Ambil darah untuk ujian makmal
- Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)
- Laparoscope yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan
- Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
- Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukkan ke dalam rahim.
- Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy)
- Ubat asthma (inhaler)
- Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur)
- Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan
- Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan
haa.. dah tau kan perkara2 yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan.. selepas ini, kita x perlu lagi bimbang jika ingin berjumpa doktor ketika kita sedang berpuasa kan sbbnya kita kan dah tau perkara2 yang tidak membatalkan puasa seseorang dalam bidang perubatan betul x.. tapi sebelum nak berawat dengan doktor tu, pastikan rawatan yang akan kita jalani itu tidak membatalkan puasa kita kan.. boleh juga semak dahulu rawatan yang jenis mana yang akan kita jalani sebelum kita jumpa doktor sama ada ianya membatalkan puasa atau x ataupun kita tanya doktor dulu sebelum kita jalani rawatan.. pasni x de r kita ragu-ragu batal puasa atau x..kan,kan,kan
sumber:
- Fiqh Ramadhan, ISMA
- Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq.
- At-Taqriirat As-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah
- Ibadah Pesakit terbitan PERUBATAN Mesir
No comments:
Post a Comment