Friday, August 10, 2012

Puasa Oh Puasa!!

Assalamualaikum..

     Ramadhan datang lagi tahun ini..pastinya orang-orang yang menanti-nanti kedatangan Ramadhan  kegembiraan kerana di bulan inilah mereka dapat membuat sebanyak-banyak kebaikan dan mengutip sebanyak-banyak pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kerana dalam bulan yang mulia inilah pahala dilipatgandakan..Puasa merupakan salah satu daripada rukun islam yang wajib dilaksanakan oleh semua orang islam setelah dia baligh.. sudah tentu ada hikmahnya kenapa disyariatkan wajib berpuasa di bulan Ramadhan.. 



     Kali ni nak bercerita perasaan first time berpuasa di perantauan walaupun sebentar.. Tahun ni rasa best sangat dapat puasa kat Egypt ni.. ni la kali pertama aku berpuasa kat sini, kat negara orang bukannya di Malaysia tau.. biasalah kalau first time tu puasa kat negara orang mestilah teruja kan.. betul x!! tapi x de la aku nak tipu2 puasa ni kan..x de macam orang lain..ada yang kata hari pertama lupa puasa lah, ada yang curi-curi minum air time puasa..hihihi.. aku pun pernah jugak tapi masa kecik-kecik dulu la..sekarang dah besar, buat apa nak puasa tipu-tipu kan..

     kita bercerita bermula sehari sebelum puasa.. malam tu ktwrg satu housemate bincang mcm mana nak buat time pose ni..nak masak sahur & buka @ x perlu..yela kan, ada dikalangan ktwrg yang akan balik ke malaysia dan ada yang tinggal di Egypt kerana ada yg x balik malaysia..tp sedih woo kalau x balik malaysia..tp dwrg yg x balik ni mmg aku respect r..hati kering bai..mana x nye, majoriti semua balik tapi dwrg x balik..sape x rindu kampung halaman kan..

      setelah ktwrg bincang, hanya perlu masak sahur je manakala berbuka pula ktwrg g la mana-mana masjid atau pegi mana-mana tempat  yang ada disediakan  untuk orang berbuka ni.. aku kene masak sahur untuk puasa hari yang ke-4 dan yang ke-8..hari kelapan tu la ktwrg balik ke malaysia..hari yang lain tu,org lain la yang kene masak sahurnya..


     Bermulanya hari jumaat 27 Julai 2012, mesir sudahpun mula puasa.. sehari awal daripada malaysia,awalkan..Puasa kat Egypt ni bukannya macam puasa kat malaysia..dia sangat-sangat berbeza dengan puasa di Malaysia..puasanya 15 jam lebih..subuh start lebih kurang jam 3.30 pagi la & buka lebih kurang 6.50 petang..lama tu..kalau org yang x biasa mau pengsan dibuatnya..tp x pe, Rasulullah dulu  siap berperang lagi masa puasa,x kan ktwrg yg x perang ni x boleh nak puasa pulak kan..bukannya buat ape sangat pun.. Masa sahur tu lebih kurang jam 2.45 pagi ktwrg makan je apa yang disediakan oleh org yang bertugas..x yah nak merungut2 sangat la kan..org dah masak tu kira ok la tu lain la kalau x de makanan.. masa aku kene masak sahur tu aku masak bubur sardin je time pose yg ke-4 & pose ke-8 hanya masak nasi + telur + sayur..aku x sempat nak masak yang gempak2 sbbnya hari tu aku dah nak balik malaysia pagi tu dan aku pula x kemas barang lagi..mmg kelam kabut sikit hari tu..tu yg masak biasa1 je..dwrg pun x kisah asalkan dwrg kenyang..(sorry lupa nak amik gambar)

Bubur Lambuk (gambar hiasan)


     Masa tegahari pulak..masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri..ada yang g umah kawan, biasanya umah budak2 MM lah jadi tumpuan utk layari tenet(maklumlah umah ktwrg x de tenet lagi sbb baru pindah)..tapi aku pulak g Hussein nak beli barang untuk dibawa balik ke Malaysia. Aku g Hussein x lama pun tp kene pergi dua tiga kali sbb nak beli banyak & bawa barang tu kan satu hal.mana la mampu nak bawa semua dalam satu masa. nak g Hussein tu kene naik bas ataupun teksi..tp aku lagi suka pegi naik bas sbb murah..aku naik bas merah je sbb bas 24(jim) jarang ada time tu..tambangnya segenih je(lebih kurg 50 sen)..aku tunggu bas jam 3 lebih.x lama pun tunggu & sampai je kat Hussein tu dah azan asar dah.. apalagi pegi la masjid yang terdekat(kat sini x de istilah surau semuanya masjid) iaitu Masjid Jaafar..pas solat asar aku rehat jap sbb penat sikit..tgh2 rehat tu,ada arab kasi tamar 3 biji..akupun apa lagi sambar je la..takut2 x de benda nak buka,tp biasanya ada je..pas dapat Tamar tu, aku pun jalan ke pasar Hussein..masa tu dah pukul 4.15 petang..huh rambang mata nak memilihnya kalau pergi x tau nak beli apa..lagipun barang2 kat sana murah2 belaka..tapi aku g sana sbb nak beli brg utk bawa balik & beli barang yg dikirim org..jadi kene cari barang tu je..lebih kurang sejam je la aku ada masa nak shopping kat situ pastu kene balik semula ke stesyen bas..kalau lambat dari 5.30 x de bas la nak balik rumah petang tu juga..kalau nak balik kene tunggu bas malam pulak.. Penat tu memang la penat,sbb masa tu tengahari kan..


Pasar Hussein atau dengan lebih dikenali sebagai pasar Khan Khalili


Kedai yang jual minyak wangi

Kedai yang jual rempah ratus, perisa air dlm bentuk serbuk

     sampai je kat Sabie' tu lebih kurang jam 6 petang..aku balik umah cepat2 untuk mandi & nak g berbuka kat luar.. masa kat Hussein lagi aku ada tepon kawan supaya cop tempat untuk aku sbb org ramai tu..lagipun aku takut aku lambat kang x de tempat nak duduk..maklumlah buka pose kan campur ngan orang arab.. best betul buka puasa kat sini..ada org bagi makanan & ianya dipanggil maidatul rahman kat sini.. apa makanan yang bestnya..hari first tempat yang aku pergi tu dkt dgn BKAWP..masa tu makan nasi + daging kambing + roti ish + tamar + air.. mmg sedap woo..rugi yg x rasa tu.. then, hari2 yang seterusnya pegi la rasa taste kat tempat lain iaitu dkt dgn Hadiqah Dauliah.. kat situ dia bagi 1 bekas yg ada 5 partician.. kat situ dia letak nasi + 1/4 ayam + halawiyat + kuah sikit + x ingat.. tp sedaplah..yang sedap tu sbb dpt makan ayam 1/4..pastu ada gak buka kat tempat lain..dekat ARMA.kat sini ktwrg buka pose dgn makan nasi mandi..nasi dia color kuning kemerah-merahan + ayam 1/4..uish sedapnya.. dan tempat terakhir yang pernah aku berbuka di restoran cook door dekat Rabaah.. makannya sedap-sedap belaka..ktwrg order syawarma dengan nasi..ada yg dapat syawarma dan ada yg dapat makan nasi..tapi ktwrg share2 makanan tu sbb kalau nak rasa semua seorang mmg x mampu..ada jenis ayam,daging dll.. memang  puas la makan syawarma tu..

nasi Mandi Ayam

Nasi Mandi Daging

Syawarma Ayam

     then malam tu pulak terawih kat masjid pulak.. aku nak sangat solat terawih kat semua masjid yang berada kat Sabie' tu..tp apakan daya,aku hanya berada 8 hari je dalam bulan pose dan hanya sempat pegi 8 masjid yg utama dan besar..masjid yang kecik2 sikit x sempat nak g lagi.. Antara masjid yang sempat aku solat ialah

  1. Masjid Arabiata yang imamnya baca 1 juzu' dalam 12 rakaat..nak kata bacaannya panjang tu mmg panjang juga la..lenguh2 pun ada kat kaki ni..
  2. Masjid Bukhari. Kat masjid ni yang part paling best adalah time doa' solat witir.. mula2 aku merasakan panjang juga tp setelah mendengar dan cuba memahami maksud doa' tersebut.. memang sesiapa yang mendengar mengalirkan air mata dengan doa yang dibacakan..
  3. Masjid Musa. Kat masjid ni suara imam dia memang cukup merdu sekali bacaannya.
  4. Masjid Nuri Khattab.. kalau solat kat masjid ni memang ekspress..cepat habis kalau nak dibandingkan dengan masjid-masjid lain yang ada kat sana.
  5. Masjid Libiya.. kat masjid ni ada seorang imam dari kalangan orang melayu juga..aku sempat la usha berapa ayat yang dia baca sbb dia imamkan solat tgk quran kan..aku terkejut juga sebab dia baca 2 mukasurat dalam 1 rakaat..patutlah rasa lama sangat..
  6. Masjid Ar-Rahman. Masjid ni dekat je dengan rumah yang aku duduk
  7. Masjid Tauhid. Masjid ni pulak terletak dekat belakang Abou Romi..
  8. Solat kat ARMA.. yang ni aku pun x tau nak kata masjid atau surau sbb sini tempat tinggal student2 malaysia.. lagipun kat sini jugalah terletaknya Embassy malaysia..yang bestnya solat kat sini mmg betul2 rasa seperti solat di Malaysia.

    Masjid Saidina Hussein
Masjid Muhammad Ali Pasha

Masjid Al-Azhar
      Dah abis solat terawih tu, ktwrg pun baliklah rumah..sekarang ini di Saat ini aku sangat rindukan untuk berpuasa di Egypt lagi.. keseronokannya tidak mungkin dapat dirasai di Malaysia.. Disana sambutan Ramadhannya sangat meriah tetapi sambutan Hari Raya hanya biasa-biasa sahaja jika nak dibandingkan dengan malaysia.. Di malaysia apa yang kami nampak sambutan Hari Raya lagi meriah daripada sambutan Ramadhan.. Selepas ini, apakah mungkin aku dapat merasakan sahur, berbuka dengan Egyptian, terawih, tarbiah ruhiyyah.. Aku sangat-sangat merindukan suasana itu.. Masihkah ada lagi peluang untuk aku dan rakan-rakanku meraikan Ramadhan di sini lagi pada tahun hadapan???

*gambar2 di sini bukan gambar sebenar apa yang aku makan cuma nak tunjuk mcm mana bentuk gambarannya..
* Gambar masjid pun bukan tempat aku pegi solat time terawih, tapi pernahlah juga jejakkan kaki ke masjid tu..masjid tu merupakan antara masjid yang femes juga kat cairo ni.. 

No comments:

Post a Comment