Friday, August 10, 2012

Perbaharui Niat

Part 2

     Assalamualaikum.. kita masih lagi diizinkan untuk berjumpa lagi dalam bulan Ramadhan ini kan.. Masih ingat lagi x kemusykilan yang terdapat dalam part 1..x ingat, x pe2..nanti kita boleh g balik kat soalan tu..

     ok..sekarang ni pulak ada kemusykilan soalan yang kedua yang terdapat dalam bulan Ramadhan ni..pasal ape ye...ape agak2nya

Soalannya

      Niat sebulan mengikut mazhab Imam Malik, kemudian terdapat keuzuran diri untuk meneruskan berpuasa seperti haid, nifas, sakit, musafir yang panjang dll.. Jika beliau ingin memulakan puasa semula selepas selesai keuzuran tersebut, adakah memadai dengan menggunakan niat yang asal atau perlu memperbaharui niat semula..

cop,cop,cop.... sebelum tu apa dia niat puasa..

Niat Puasa dan Doa Berbuka


      haa, mesti ada di kalangan kita yang terlupa nak niat puasa kan..betul x..saya pun pernah terlupa nak niat puasa pada malam hari sebelum puasa.. tahu tak apa jawapannya..ntah la,dengan ilmu saya yang cetek ni.. takut2 salah bagi jawapannye.. Jom kita tengok apa kata Ustaz Hanif Haron..


Jawapannya      Jika menurut pandangan Imam Malik, maka perlu diulang semula niat untuk puasa yang berbaki dalam bulan puasa, tapi jika ikut pandangan Imam As-Syafie niat pada tiap-tiap malam, Kesimpulannya niat sebulan sebagai ihtiath(jaga2) dan malam-malam niat puasa seperti biasa, jika terlupa sudah memadai dengan niat sebulan atau dengan memperbaharui niat selepas keuzuran yang terpaksa meninggalkan puasa beberapa hari..  Jazakumullahu khoir Ustaz Hanif.. Semoga bermanfaat buat kita semua     

No comments:

Post a Comment