Soalan Bahagian 5
Soalannya :
Apakah hukum bagi seorang pesakit yang mengambil suntikan ketika sedang menjalani ibadah puasa??
Jawapannya :
Bagi menjawab persoalan ini kita perlu lihat kedudukan jarum itu sendiri. Ada di antaranya yang digunakan sebagai ubat dan juga rawatan samada dengan cara disuntik di bahagian urat saliran darah atau pada lengan atau pada bahagian bawah kulit. Perkara ini tidak terdpat sebarang perselisihan di kalangan para ulama', kerana kandungan suntikan itu tidak sampai ke dalam perut dan tidak menjadi makanan maka hukumnya Tidak Batal puasa seseorang kerana mengambil suntikan sebegini.
Tetapi yang menjadi perselisihan dikalangan ulama' ialah kerana terdapat sejenis jarum yang menyampaikan makanan ke dalam makanan seperti suntikan glukosa, ia membawa makanan ke dalam darah secara langsung. Maka perkara ini terdapat perselisihan dikalangan para ulama' islam masa kini kerana ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Di kalangan ulama' masa kini ada yang menganggapnya sebagai membatalkan puasa, kerana ia boleh memasukkan makanan itu sampai ke dalam saliran darah.
Sesetengah pula berpendapat tidak membatalkan puasa, walaupun makanan itu sampai ke dalam saliran darah, kerana yang membatalkan menurut mereka ialah apabila ianya sampai ke dalam perut yang menyebabkan seseorang itu merasa kenyang. Maka berdasarkan pendapat ini bahawa sesetengah ulama' menyatakan "suntikan yang mengandungi makanan tidak membatalkan puasa".
Tetapi adalah lebih baik seseorang itu menahan diri dari mengambil sebarang suntikan di siang hari pada bulan Ramadhan, sebaliknya selepas waktu berbuka. Seandainya ia sakit, syarak mengizinkan untuk berbuka puasa. Suntikan walaupun tidak memasukkan makanan secar praktikal ke dalam perut dan sekalipun seseorang itu tidak merasa hilang lapar dan dahaga, sebagaimana yang dirasai melalui proses makan dan minum yang biasa, ia sekurang-kurangnya menimbulkan rasa segar dan hilang rasa penat yang biasanya dialami oleh orang-orang yang berpuasa, sedangkan maksud syarak yang mensyariatkan puasa ialah supaya seseorang merasai lapar dan dahaga kerana dengan perasaan ia dapat merasai kadar nikmat Allah kepadanya, disamping merasai penderitaan yang telah dialami oleh orang-orang yang hidup dalam keadaan kebuluran dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan.
Wallahua'lam..
Best x ??
Jom Kita Tengok Soalan2 Yang Lain !!
Mungkin Ada Yang Masih Lagi Kita Tidak Tahu..
Part 1 - Ganti Puasa Sebab Malaysia Puasa Lambat Sehari
Part 2 - Perbaharui Niat
Part 3 - Pil Tahan Haid
Part 4 - Peritoneal Dialysis
Part 6 - Mengetahui Malam Lailatul Qadar
Part 7 - Kadar Secupak Beras Untuk Fidyah
Part 8 - Mengetahui Waktu Berbuka
Part 9 - Telan Kahak, Air Liur, Darah Pada Gus
Part 10 -Wanita Suci Dari Haid Tidak Sempat Mandi
Part 11 - Tidur Siang
Part 12 - Menonton Filem
Part 13 - Bahasa Niat
Part 14 - Wanita Hamil & Menyusu Anak
Part 15 - Qadha Puasa Untuk Arwah
Part 16 - Sengaja Membatalkan Puasa
No comments:
Post a Comment