Sunday, August 12, 2012

Qadha Puasa Untuk Arwah

Part 15

Soalan : 

     Adakah dibolehkan qadha puasa untuk si mati seperti ahli keluarga terdekat atau sebagainya, kerana sakit dan tidak mampu untuk berpuasa sehingga beliau meninggal dunia?

Permasalahan ini perlu diperincikan kepada beberapa perkara seperti berikut :

  1. Jika seseorang berbuka puasa dengan sebab keuzuran yang diizinkan oleh syarak, dan keuzuran tersebut berkekalan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia, maka dalam situasi ini tidak perlu kepada ahli keluarga si mati untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan berpuasa ataupun dengan cara membayar fidyah dan dalam masalah ini tidak dikira berdosa seseorang itu kerana si mati berbuka bukan dengan sengaja, serta tidak mampu untuk menggantikan puasa disebabkan menemui ajal lebih awal sebelum sempat melangsaikan puasa yang tertinggal.


     Gambar Hiasan Orang Nazak
  2. Berbeza dengan situasi jika seseorang itu berbuka dengan sebab keuzuran kemudian mampu untuk menggantikan puasa tersebut setelah sihat, tetapi beliau tidak berbuat demikian sehinggalah menemui ajal. Maka dalam situasi ini para ulama' telah berbeza pandangan kepada dua pendapat seperti berikut:
  • Pandangan Pertama : tidak wajib bagi waris kepada si mati menggantikan puasa yang telah ditinggalkan dengan berpuasa, bahkan memadai dengan memberikan makanan dengan secupak beras mewakili sehari yang telah ditinggalkan kemudian padankan dengan berapa cupak beras yang sepatutnya dikeluarkan.
Pandangan ini menurut oleh jmhur Ulama' Imam hanafi dan Imam Malik serta mazhab disisi Imam Ahmad bin Hanbal

Gambar Hiasan

  • Pandangan Kedua : dibolehkan kepada waris berpuasa menggantikan puasa yang telah ditinggalkan oleh si mati ketika hidup.
Pandangan ini telah dipilih oleh Imam An-Nawawi dan merupakan pandangan Mu'tamad dalam mazhab Imam As-Syafie..

No comments:

Post a Comment