Friday, August 10, 2012

Ganti Puasa Sebab Malaysia lambat puasa Sehari

Part 1

     Sekarang bulan Ramadhan kan..mesti ada yang tertanya-tanya kemusykilan mengenai puasa..kali ni boboy nak buat posting pasal masalah-masalah yang berkaitan dengan puasa kita..Maklumlah Sekarang ni Bulan Ramadhan..Semua orang sedang berpuasa.. Boboy bukannya seorang ulama',tp hanya mempunyai sedikit sangat ilmu jika nak dibandingkan dengan ustaz-ustaz, mufti-mufti, ulama'-ulama yang berada di luar sana.. ilmu ini adalah ilmu yang boboy dapat daripada Ustaz Mohamad Hanif Haron yang juga pernah belajar di Mesir, tetapi Ustaz Hanif sudah pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar.. Anak kelahiran Pulau Pinang ni merupakan salah seorang daripada kalangan orang Malaysia yang pernah mengajar kitab kat Masjid Azhar.. mmg payah juga nak dpt mengajar kat Masjid Azhar tu..Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat.. tabik spring r pada ustaz ni..Semua soalan dan jawapan dalam posting kali ini semuanya original datang daripada Ustaz Hanif sendiri.. Boboy dah pun meminta kebenaran daripada beliau untuk share ilmu ni dalam blog Boboy dan Ustaz pun bersetuju membenarkannya..  Kepada Ustaz Hanif, kalau terbaca janganla pula timbulkan rasa perasaan yang tidak bagus dalam diri ye.. 


Ustaz Mohamad Hanif Haron






ok.. kita start dulu soalan untuk siri satu ni..

     Saya ada satu soalan mengenai puasa.. saya bermusafir dari mesir pada hari jumaat dan sampai di malaysia hari sabtu.. sekiranya hari jumaat saya tidak berpuasa adakah saya perlu ganti sebab di malaysia mula puasa hari sabtu...


Jawapannya

     Dalam situasi ini jika seseorang itu bermusafir keluar negara selepas subuh dan telah jatuh hari puasa pada hari tersebut, perlu diqadho kalau dia tidak berpuasa... walaupun di malaysia sabtu baru nak puasa.. tetapi jika dia keluar negara sebelum terbit fajar.. dan dia sudah berada di luar mesir sebelum masuk subuh, sampai di malaysia pada sabtu dan baru memulakan puasanya yang hari pertama disini, maka dia tidak perlu qhado puasa pada hari jumaat Mesir.. boleh faham kan..




1 comment:

  1. Sy ada kmushkilan la Abg Boboy hensem.
    Mcm mana utk org yang posa sehari awal(cth:mesir), pastu dia balik msia. cukup sebulan dan esoknya mesir akan raya tapi msia tok raya lg.

    Perlu ke dia posa esoknya atau x perlu dsbbkan mesir dah raya dan dia dah posa cukup sebulan.

    ReplyDelete