Tuesday, August 14, 2012

Beri'tikaf 10 Malam Terakhir di Bulan Ramadhan

Part 17 - 

Bismillahirrahmanirrahim..

     Hari ini kita teruskan lagi dengan soalan-soalan kemusykilan yang muncul dalam bulan Ramadhan..

Soalan : 

     Adakah dibolehkan beri'tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan pada malamnya sahaja, atau terkadang keluar untuk keperluan kerja atau lainnya atau tidak genap sepuluh hari ?

Jawapannya Insyaallah  :

     Bagi seorang muslim yang beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan ramadhan hendaklah berniat dan berupaya melaksanakan secara sempurna sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan perkara yang disunatkan dalam i'tikaf adalah sebagaimana hadis Rasul S.A.W :

     " Sunnah bagi yang i'tikaf ialah : tidak menziarahi orang sakit, tidak menghantarkan jenazah, tidak menyentuh wanita dan tidak berhubungan dengannya, tidak keluar untuk suatu keperluan kecuali yang tidak mampu ditinggalkan, tidak i;tikaf kecuali dengan puasa dan tidak i'tikaf kecuali di masjid Jamek"

(Riwayat Imam Abu Dawud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Al-Baihaqi)

     Namun bagi yang tidak dapat menyempurnakan sepuluh hari, atau melaksanakan sebelah malamnya saja, maka harus melaksanakan sekadar yang mampu sahaja, seperti para ulama' ada menyebut dalam kaedah qawaid fiqh :

     "Sesuatu yang tidak dapat diambil semuanya maka jangan ditinggalkan semuanya".

Semoga Bermanfaat : )

Sunday, August 12, 2012

Bolehke Sengaja Membatalkan Puasa??

Part 16

     kali ini kita bincang pula mengenai feqh puasa pula.. disini kita ada dua situasi mengenai feqh puasa

Situasi  (1)

     Ada satu pasangan yang sengaja membatalkan puasa untuk melakukan jima'

manakala pada Situasi (2) pula :

     Pasangan yang bermusafir maka dia boleh untuk tidak berpuasa, tetapi permusafirannya memang niat untuk melakukan jima' - 

Soalannya adalah apakah hukum bagi kedua-dua situasi ini & adakah terdapat denda/fidyah..

Gambar Hiasan


Jawapan bagi kedua-dua situasi ini adalah :

Bagi situasi (1)

     Jika pasangan suami isteri sengaja membatalkan puasa dengan makan sebagai contoh untuk melakukan jima' semata-mata, maka bagi suami ternafi dari membayar denda (kifarah) tetapi perlulah bagi pasangan tersebut untuk menggantikn semula puasa yang telah ditinggalkan.

Bagi Situasi (2) pula :

     Jika bermusafir untuk bertujuan jima', ia juga boleh disamakan dengan situasi yang pertama tadi yang mencari helah supaya dapat mengelakkan daripada dikenakan denda.

Gambar Hiasan


Perhatian!! walaupu perbuatan mencari helah ini mampu mengelakkan ia dari dikenakan denda (kifarah) tetapi ia tidak mampu mengelakkan dirinya dari mendapat laknat Allah S.W.T kerana mereka menggunakan Ilmu untuk kesenangan diri dan untuk memuaskan nafsu syahwat mereka. Perbuatan ini juga dikira sebagai sengaja untuk tidak berpuasa dengan tidak ada sebab yang munasabah dan ia dikira sebagai perbuatan yang haram seolah-olah ia sengaja makan pada siang hari tanpa sebab.

     Ilmu dijadikan untuk beribadah dengan leih yakin kepada Allah, bukan digunakan untuk bermudah-mudah dalam melakukan Ibadah kepada Allah dan sentis mencari rukhsoh untuk kesenangan diri. Wallahua'alam

Qadha Puasa Untuk Arwah

Part 15

Soalan : 

     Adakah dibolehkan qadha puasa untuk si mati seperti ahli keluarga terdekat atau sebagainya, kerana sakit dan tidak mampu untuk berpuasa sehingga beliau meninggal dunia?

Permasalahan ini perlu diperincikan kepada beberapa perkara seperti berikut :

  1. Jika seseorang berbuka puasa dengan sebab keuzuran yang diizinkan oleh syarak, dan keuzuran tersebut berkekalan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia, maka dalam situasi ini tidak perlu kepada ahli keluarga si mati untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan berpuasa ataupun dengan cara membayar fidyah dan dalam masalah ini tidak dikira berdosa seseorang itu kerana si mati berbuka bukan dengan sengaja, serta tidak mampu untuk menggantikan puasa disebabkan menemui ajal lebih awal sebelum sempat melangsaikan puasa yang tertinggal.


     Gambar Hiasan Orang Nazak

Bagaimana dengan keadaan Wanita Yg Hamil & Menyusukan Anak

Part 14

Soalan :

     Bagaimana pandangan syarak tentang kewajiban puasa bagi wanita hamil dan sedang menyusu anaknya ?
Ada atau tidak ada rukhsoh (keringanan) dalam masalah ini. kemudian tentang kewajipan menggantikan puasa yang tertinggal, apakah boleh digantikan dengan fidyah atau tanpa fidyah ?

Wanita Hamil


Jawapannya adalah :

     Dalam permasalaha ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian :

Hal Pertama : Si ibu hanya bimbang akan kesihatannya akan terjejas

     Menurut pandanganImam Hanafi, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad wajib pada si ibu untuk menggantikan puasanya sahaja, manakala menurut Imam Malik perlu membayar fidyah sahaja tanpa perlu menggantikan lagi puasa tersebut.

Hal Kedua :  Si ibu hanya bimbang akan kesihatan anaknya sahaja yang akan terjejas

     Dalam hal ini menurut pandangan Imam As-Syafie dan Imam Ahmad maka wajib pada si ibu untuk menggantikan puasa dan wajib membayar fidyah mengikut julah hari yang telah ditinggalkan.

Gambar Hiasan



Hal Ketiga : Keadaan si ibu yang bimbang akan kesihatan beliau dan kandungannya

     Maka dalam hal ini menurut pandangan Imam Hanafi, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad berpandangan wajib menggantikan sahaja puasa tersebut, tetapi menurut Imam malik sahaja yang berpandangan perlu juga untuk membayar fidyah tanpa menggantikan puasa lagi.

Bahasa Niat Puasa??

Part 13

Soalan :

      Adakah wajib kita niat puasa dalam bahasa arab, atau memadai dengan bahasa melayu?

Niat Puasa Sebulan dan Harian


Jawapannya InsyaAllah:

     Niat tempatnya adalah pada hati, bukannya pada lidah yang melafazkan niat. Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami hatta bahasa Cina atau India. Tetapi lebih baik dan akan mendapat pahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa yang ditutur oleh Nabi Muhammad S.A.W serta merupakan bahasa Al-Quran dan bahsa ahli syurga.

Semoga  bermanfaat buat kita semua..

Menonton Filem Di Bulan Ramadhan

Part 12

Soalan :

     Apakah hukum menonton filem-filem dalam bulan ramadhan? Adakah dibolehkan atau akan terbatal puasa dengan melihat drama atau filem yang ditayangkan ketika dibulan Ramadhan?



Jawapannya :

     Bulan Ramadhan adalah bulan yang dikhususkan oleh Allah kepada ummat Nabi Muhammad S.A.W untuk memperbanyakkan ibadah samada wajib ataupun perkara-perkara yang sunat, maka tidak sepatutnya kita membuang masa untuk melihat perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa, sebaliknya mengambil peluang ketika berada dalam bulan yang penuh keberkatan untuk menggandakan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Namun begitu berkenaan dengan hukum, tidaklah sampai terbatal puasa seseorang hanya dengan melihat drama atau filem. Tetapi lebih baik cuba elakkan dari menonton lebih-lebih lagi cerita-cerita yang boleh menaikkan hawa nafsu di bulan Ramadhan ini..

Tidur Siang Di Bulan Puasa


Part 11

Soalan :

     Adakah tidur dibulan ramadhan akan mengurangkan pahala puasa seseorang?



Jawapannya :

      Tidur disiang hari tidak akan mengurangkan pahala puasa, sebaliknya seseorang itu berada dalam keadaan kerugian kerana tidak melakukan amalan dengan sebanyak mungkin ketika berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Sebaliknya apa yang telah disebut oleh Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah mengatakan bahawa jika seseorang itu takut pada dirinya dari melakukan maksiat  maka dibolehkan untuk tidur, tapi janganlah kita menggunakan alasan ini untuk kita sentiasa tidur sepanjang bulan Ramadhan ini tanpa melakukan ibadah langsung, sebaiknya cuba mengawal diri kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Bolehkah Wanita Yg Suci Dari Haid Tapi X Sempat Mandi Untuk Berpuasa

Part 10

Soalan :

     Bagaimana jika seorang wanita yang suci dari haid sebelum subuh dan masih belum sempat mandi wajib sehingga lepas subuh, adakah dibolehkan kepada dia untuk berpuasa?

Gambar Hiasan


Jawapannya :

     Diwajibkan kepadanya berpuasa walaupun belum mandi, kerana mandi junub dapat diakhirkan dan tidak mempengaruhi puasanya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis :

"Adalah Rasulullah SAW mendapatkan waktu fajar, padahal masih junub dari perhubungan dengan isterinya, kemudian beliau mandi dan puasa"

(Muttafaqun 'Alaih)

Telan Kahak, Air Liur, Darah Pada Gusi Ketika Berpuasa

Part 9

Soalan : 

     Apa hukum seseorang menelan kahak, air liur yang banyak dan darah yang ada pada gusi?

Kalenjar Air Liur

Rongga Hidung Yang Bermasalah Boleh
Menjadi Pencetusnya Kahak


Jawapannya :

     Tertelan kahak tidak akan terbatal puasa jika kahak tersebut berada di bawah kerongkong (makhraj huruf Ø® ), dan jika kahak tersebut berada atas daripada kerongkong dan tertelan dalam keadaan mampu untuk meludahnya tetapi tidak berbuat demikian maka puasanya akan terbatal. Manakala jika tertelan air liur dan darah pada gusi yang sedikit dan tidak dapat dielakkan, maka dimaafkan :)

Gusi Berdarah


Mengetahui Waktu Berbuka Ketika Di Dalam Kapal Terbang


Part 8 

Soalan :

     Bagaimanakah puasa bagi orang yang menaiki kapal terbang untuk mengetahui waktu berbuka puasa? adakah dengan mengikut waktu tempatan atau waktu destinasi yang hendak dituju???

Jawapan :

     As- Syeikh Dr. Yusuf Al-Qarawi, telah mengeluarkan fatwa mengenai fatwa mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang mereka berada di atanya.

Pemandangan Matahari Terbenam  Daripada
Dalam Kapal Terbang


     Mengikut fatwanya, setiap penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang dia berada di atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata mereka.

Makanan dalam kapal terbang


     Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat-tempat yang tinggi maka akan lewatlah mereka berbuka puasa berbanding mereka yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah datar, kerana waktu terbenamnya matahari dari penglihatan mereka lebih lewat dari waktu yang biasa.

Kadar Secupak Beras Untuk Fidyah

Part 7

Soalan :

      Berapakah kadar secupak beras (dalam kg/gram) untuk membayar fidyah?

Berapakah banyak secupak beras??


Jawapannya :

     Mengikut pandangan Syeikh Dr Mustofa Al-Bugho adalah 600g, manakala jika mengikut kebanyakan Pusat Urus Zakat di Malaysia yang menetapkan 675g dan ada juga yang meletakkan 700g. Kesimpulannya sebanyak2 kadar fidyah 700g dan paling kurang kadarnya 600g, apapun semua kadar ini berubah mengikut keadaan setempat yang telah ditetapkan. Fidyah juga boleh dibayar dengan timbangan makanan asasi setempat atau mengikut harga barang tersebut seperti yang diamalkan sekarang ini.

Sekadar perkongsian.. Semoga bermanfaat buat kita semua..

Saturday, August 11, 2012

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar Mengikut Imam Al-Ghazali

Part 6

Imam Al-Ghazali ada memberi panduan kepada kita untu mengetahui Malam Lailatul Qadar

  1. Jika puasa dimulai pada hari Ahad atau rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan
  2. Jika puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan
  3. Jika puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan
  4. Jika puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 25 Ramadhan
  5. Jika puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 23 Ramadhan



* Persoalannya Malaysia puasa hari Sabtu, dan Mesir Puasa Hari Jumaat, adakah Lailatul Qadar akan berlaku pada dua malam dan tempat yang berbeza-beza? :)



hakikatnya hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.. Kita harus terus berusaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar

Wallahua'lam


Mengambil Suntikan Dalam Bulan Ramadhan

Soalan Bahagian 5

Soalannya : 

     Apakah hukum bagi seorang pesakit yang mengambil suntikan ketika sedang menjalani ibadah puasa??

Jawapannya :

     Bagi menjawab persoalan ini kita perlu lihat kedudukan jarum itu sendiri. Ada di antaranya yang digunakan sebagai ubat dan juga rawatan samada dengan cara disuntik di bahagian urat saliran darah atau pada lengan atau pada bahagian bawah kulit. Perkara ini tidak terdpat sebarang perselisihan di kalangan para ulama', kerana kandungan suntikan itu tidak sampai ke dalam perut dan tidak menjadi makanan maka hukumnya Tidak Batal puasa seseorang kerana mengambil suntikan sebegini.

     Tetapi yang menjadi perselisihan dikalangan ulama' ialah kerana terdapat sejenis jarum yang menyampaikan makanan ke dalam makanan seperti suntikan glukosa, ia membawa makanan ke dalam darah secara langsung. Maka perkara ini terdapat perselisihan dikalangan para ulama' islam masa kini kerana ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Di kalangan ulama' masa kini ada yang menganggapnya sebagai membatalkan puasa, kerana ia boleh memasukkan makanan itu sampai ke dalam saliran darah.
alalalala....tomeinye

     Sesetengah pula berpendapat tidak membatalkan puasa, walaupun makanan itu sampai ke dalam saliran darah, kerana yang membatalkan menurut mereka ialah apabila ianya sampai ke dalam perut yang menyebabkan seseorang itu merasa kenyang. Maka berdasarkan pendapat ini bahawa sesetengah ulama' menyatakan "suntikan yang mengandungi makanan tidak membatalkan puasa".


     Tetapi adalah lebih baik seseorang itu menahan diri dari mengambil sebarang suntikan di siang hari pada bulan Ramadhan, sebaliknya selepas waktu berbuka. Seandainya ia sakit, syarak mengizinkan untuk berbuka puasa. Suntikan walaupun tidak memasukkan makanan secar praktikal ke dalam perut dan sekalipun seseorang itu tidak merasa hilang lapar dan dahaga, sebagaimana yang dirasai melalui proses makan dan minum yang biasa, ia sekurang-kurangnya menimbulkan rasa segar dan hilang rasa penat yang biasanya dialami oleh orang-orang yang berpuasa, sedangkan maksud syarak yang mensyariatkan puasa ialah supaya seseorang merasai lapar dan dahaga kerana dengan perasaan ia dapat merasai kadar nikmat Allah kepadanya, disamping merasai penderitaan yang telah dialami oleh orang-orang yang hidup dalam keadaan kebuluran dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan.

Wallahua'lam.. 

Peritoneal Dialysis Time Puasa


Part 4

Soalannya : 

     Apakah hukum puasa bagi seseorang yang menerima rawatan Dialysis Peritoneal pada siang hari Ramadhan :)

Jawapannya : 

     "Sekiranya rawatan dialysis peritoneal itu dilakukan pada siang hari ramadhan ( bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari ) maka ia membatalkan puasa kerana darah yang dimasukkan semula ke dalam badan pesakit ada dicampurkan unsur kimia dan unsur berzat iaitu larutan gula dan asid amino.
Peritoneal Dialysis

     Oleh itu, orang yang berpenyakit buah pinggang yang mana kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung pada penggunaan dialisis Peritoneal ( tidak boleh tidak ) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan ia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.


     Walaubagaimanapun jika sekiranya penggunaan dialisis peritoneal hanya pada waktu tertentu sahaja ( pada keadaan kritikal ) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa maka batal puasa tersebut dan ia wajib qada' semula puasa tersebut pada hari yang lain".

     Apa dimaksudkan dengan batal dalam hal ini adalah berlaku pertambahan dalam tubuh badan pesakit.. maka ia batal, cuma sekarang ini kene pastikan samada cuci atau gantikan darah itu ada terdapat pertambahan atau tidak pada tubuh badan pesakit.. jikamerujuk Fatwa Kebangsaan yang dijawab oleh Jabatan Mufti Johor pun batal :)

Sekian wallahua'lam 


Pil Tahan Haid Masa Puasa

Part 3..

Soalannya : 

     Apakah hukumnya bagi seorang perempuan yang memang fitrahnya datang haid setiap bulan, tapi bila datang bulan puasa dia mengambil pil tahan haid sebab nak memanfaatkan keistimewaan bulan ramadhan itu? boleh ke?

Gambar Hiasan


Jawapannya : 
   
     Dalam permasalahan ini, dibolehkan untuk mengambil pil menahan dari keluar haid, cuma perlulah mendapatkan nasihat dan jaminan daripada doktor yang pakar bahawa dengan pengambilan pil tersebut tidak akan ada kesan sampingan, jika akan mendapat kesan dengan pengambilan pil tersebut, maka syarak tidak membenarkan dengan hanya semata-mata untuk berpuasa bagi cukup sebulan..

     Untuk muslimah sekalian, jika anda semua tidak mengambil pil tersebut pun tidak mengapa, kerana dengan tidak berpuasa disebabkan haid itupun merupakan pahala dah, kerana taat perintahnya, bukan sengaja tidak puasa.. Itulah hebatnya seorang wanita, x puasa pun dapat pahala, kerana dengan keadaan redha atas segala apa yang telah ditentukan-Nya pun dikira sebagai suatu kebajikan yang bukan semua orang mampu buat :) bersabarlah wahai muslimah, kerana kamu adalah insan yangteristimewa..

Semoga bermanfaat..


Best x ??
Jom Kita Tengok Soalan2 Yang Lain !! 
Mungkin Ada Yang Masih Lagi Kita Tidak Tahu..


Part   1 - Ganti Puasa Sebab Malaysia Puasa Lambat Sehari
Part   2 - Perbaharui Niat
Part   4 - Peritoneal Dialysis
Part   5 - Mengambil Suntikan
Part   6 - Mengetahui Malam Lailatul Qadar
Part 7   - Kadar Secupak Beras Untuk Fidyah 
Part   8 - Mengetahui Waktu Berbuka
Part   9 - Telan Kahak, Air Liur, Darah Pada Gus
Part 10 -Wanita Suci Dari Haid Tidak Sempat Mandi
Part 11 - Tidur Siang
Part 12 - Menonton Filem
Part 13 - Bahasa Niat
Part 14 - Wanita Hamil & Menyusu Anak
Part 15 - Qadha Puasa Untuk Arwah 
Part 16 - Sengaja Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa & The Power of Sedekah

Assalamualaikum...

     Malam ni merupakan malam yang ke-23 dalam bulan Ramadhan.. Malam ni merupakan malam yang ganjil right..  manalah tahu yang malam ni merupakan malam Lailatul Qadar kerana malam Lailatul Qadar merupakan salah satu daripada malam-malam yang ganjil di 10 ramadhan terakhir...

     ok la.. tadi ada g surau dekat dengan rumah untuk solat isya', terawih dan witir.. biasalah di surau ini pada hujung minggu, selepas solat isya' akan diadakan tazkirah sedikit dalam masa lebih kurang setengah jam.. Penceramah jemputan pada malam ni adalah Ustaz Hanafi.. Ustaz ni ada banyak juga bagi maklumat, tentang sedekah dan macam-macam lagi lah...tapi yang aku ingat apa yang ustaz ni katakan, hanya ada 5 sahaja perkara yang membatalkan puasa tapi aku tambah sikit :


  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Bersetubuh pada siang hari
  3. Keluar Air mani dengan sengaja
  4. Haid
  5. Nifas..
  6. Murtad
  7. Gila
  8. Melahirkan Anak
  9. Pengsan
  10. Muntah dengan sengaja
      Pastu Ustaz Hanafi ni cakap ulama telah membuat satu kesimpulan daripada sini bahawa memasukkan sesuatu dalam rongga badan membatalkan puasa.. and then ustaz ni mengatakan bahawa korek hidung x membatalkan puasa sbbnya x masuk dalam rongga lagi tapi kalau dah masuk rongga kira batal puasa lah..time ni pulak ustaz ni buat lawak yang mengatakan kalau umat islam tengah puasa tapi hidung penuh.. korek je la, pastu ada yang jenis tahi hidung yang melekat tu..dia pergi kesat kat tempat lain & orang lain duduk kat situ..kan dah kene kat orang lain.. pastu ktwrg gelak r ramai2..

     Ustaz Hanafi juga ada cakap yang sedekah dapat memanjangkan umur.. cerita dia pada zaman Nabi Musa A.S.. cerita dia lebih kurang cmni " pada suatu hari nabi Musa ada terlihat seorang ni yang sedang membeli-belah.. kemudian datang malaikat maut mengatakan kepada nabi Musa bahawa orang itu akan mati 3 hari lagi..kemudian setelah 3 hari, 3 minggu, orang itu masih lagi hidup dan nabi Musa pun bertanya balik kepada malaikat maut : kenapa orang itu masih lagi hidup.. Kemudian malaikat maut menjawab : disaat namanya pada daun di arasyh telah gugur, aku datang kepadanya..dan pada ketika itu jugalah dia bersedekah.. sedekah ini telah menggembirakan Allah dan Allah telah menangguhkan kematiannya..dan orang itu masih lagi hidup sehingga hari ini"..itulah ceritanya..



     Ustaz Hanafi juga ada bercerita mengenai orang arab yang suka main judi..apabila tiba je musim bulan puasa, orang2 arab ni akan balik semula ke negara dwrg dan rajin buat sedekah.. dwrg ni beranggapan sedekah membawa ong ma.. orang arab juga ada yang memberi makan kepada orang yang berpuasa.. dan pahala yang dia dapat sama seperti orang yang dia bagi makan untuk buka puasa..

*moral of the story : bersedekahlah walaupun sedikit..