Wednesday, September 12, 2012

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Pelajaran MARA

Bismillahirrahmanirrahim..


     Aritu(dah lama dah) aku g pejabat MARA untuk buat pinjaman pelajaran dekat KL(berdekatan dengan SOGO). Kalau  naik LRT RapidKL turun dekat Bandaraya. MARA sudah ada bangunan baru tp untuk buat Pinjaman Pelajaran MARA kene pergi ke bangunan lama..Bangunannye beberapa bangunan di sebelah kiri Pusat Beli belah SOGO tapi sebelum sampai traffic light.. Dwrg kata dah tutup untuk permohonan taon ni..kene tunggu awal taon tahun depan.. tp aku sempat ambik borang manualnya..Banyak juga yang perlu diisi.. Kepada mereka yg ada kt m'sia & nak buat pinjaman MARA kat Mesir tu, sebelum balik mesir sediakan dulu apa yg diminta..

Butir2 pelajar
1. Gambar saiz passport yg terbaru 3.5cm x 4.5cm
2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti/ Kolej ( termasuk struktur yuran pengajian)
5. Salinan Surat Pengecualian kertas bagi kursus (jika berkaitan)
6. Salinan sijil-sijil kelulusan akademik SPM/STPM/PRA DIPLOMA/DIPLOMA/IJAZAH/ SARJANA dll.
7. Salinan penyata gaji/ borang BE terkini pemohon yg bekerja dan isteri
8. salinan pelepasan kontrak/berhenti kerja/ cuti tanpa gaji/ kebenaran mengikut program dari majikan dll(jika berkaitan)
9. Surat penangguhan/ Pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran dan penaja terdahulu(jika berkaitan)
10. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum sekolah (jika ada)
11. Karangan mengenai perihal diri, perancangan dan kerjaya





SENARAI SEMAK
(BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA) 

Butir2 ibu bapa/penjaga
1. Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
2. salinan sijil kelahiran ibu bapa/ penjaga
3. salinan sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkaitan)
4. salinan penyata gaji, borang BE terkini, penyata pencen/surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika bekerja sendiri

*Nota
- sekiranya pelajar/ ibu bapa/ penjaga disenarai hitamkan atau sedang dlm tindakan undang2 MARA. maka permohonan pelajar adalah secara otomatik ditolak
- semua salinan hendaklah disahkan
- pastikan semua dokumen di atas disertakan bersama borg permohonan pinjaman





Kalau yang dah siap boleh dihantar ke alamat ni di KL


PENGARAH,
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN TINGKAT 3,
MEDAN MARA,21,
JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR

NO TEL: 03-2691 5111
NO FAX : 03-2691 5854

*NO poskod dia x pasti la..sbb kat borg ni dia tulis 50609 tp kat internet tulis 50300.. nak tau lebih lanjut kene la telefon sendiri pejabat MARA tu..

diharapkan agar usaha yang sedikit ni dapat membantu kalian..

Tuesday, September 11, 2012

Senarai Semak Sebelum ke Mesir

Assalamualaikum.. sekarang berada dalam bulan 9..sudah menjadi kebiasaan bahawa para pelajar yg cemerlang dalam pelajaran akan dihantar ke luar negara untuk meneruskan pengajian mereka. Beberapa orang sahabat saya dari SAMBBST akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang pengajian Islam.. Mereka ada yang dah menyediakan barang2 keperluan untuk dibawa ke sana tapi yela kan..kita buat juga la Senarai Semak sebelum ke Mesir..mana lah tau ada yg tertinggal pulak barang2 yg penting untuk dibawa tu..ok barang2 yg perlu dibawa adalah


salinan dokumen-dokumen penting.

1) salinan kad pengenalan diri sendiri
2) salinan kad pengenalan ibu bapa.
3) salinan kad pengenalan adik beradik
4) salinan surat beranak (diri sendiri/ibubapa/adik beradik)
5) salinan slip/sijil spm, stam, matrikulasi, diploma
6) salinan surat tawaran (universiti)
7) Salinan penyata gaji ibu bapa/kad pencen/borang EA/borang EC
8) Gambar passport

Kalau korang nak lagi sistematik, scan lah dokumen-dokumen penting itu dan masukkan dalam pendrive. Isikan pendrive anda dengan scan dokumen di atas & scan  Buku Bank, kad bank , IC parent,  gambar passport yang terbaik dan lain-lain yg berkaitan, kadang-kadang kita kena buat urusan melalui online jika kad bank kita tak dapat berfungsi.

Kad bank HSBC/BSN. Hanya dua bank ini sahaja yang boleh digunakan di mesir dan pastikan kad ini diaktifkan. Tapi bank HSBC yang mudah dijumpai.. PASTIKAN AKTIF!!
Tinggalkan segala buku bank, kad pengenalan, Sijil asal, Lesen Memandu dan barang-barang penting
di Malaysia

Passport – PASSPORT adalah nyawa anda di mesir. Visa tu x pasti la..cube Tanya pegawai yg akan bawa korang. Kalau visa tu korg tanya la orang yg membawa korg ke mesir macam mana. perlu buat atau x.

Kamus - Bawalah kamus yang berkaitan

Tukar duit - Tukar duit Malaysia kepada Dollar, sebab kat mesir tak laku dah duit Malaysia, kalau ada orang bagi kat airport, cepat-cepat gi tukar ataupun bagi kat parent untuk tukar n masukkan dalam bank , tukarlah USD 500 dan letakkan kat baju sikit, kat dalam beg besar sikit, beg kecik sikit, takut kat airport polis check, dia akan banyak Tanya...

MAKANAN


  1. Serbuk santan(packet) - jgn bawa yg liquid,nanti beg berat @ pecah
  2. Serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
  3. Jintan Halus (ayam goreng berempah)
  4. Serbuk kunyit, halia
  5. Cili kering/ serbuk cili - ade je cili kering kat sane (filfil ehmer) but sgt pedas
  6. Lada Hitam
  7. Asam jawa, asam keping, asam pedas
  8. Ikan bilis, udang kering, ikan masin, ikan kering - semua ni takde kat sana. Optional lah. Ikan bilis & udang kering agak penting
  9. Kiub ikan bilis - (kiub ayam Tak Perlu. Ada banyak kat sana)
  10. Kiub/pes Tomyam
  11. Budu/cencaluk/tempoyak
  12. Bihun - mmg x de kat sana. Biasa breakfast, ktwrg rebus mee spaghetti tu je, n then buat mee goreng. Kalau nak kasi cantik sikit, waktu rebus mee, letak kunyit sikit, so, akan jadi mcm mee kat msia lah.
  13. Serai yg dkeringkan, daun kunyit,daun kari,daun kesum,daun limau purut etc
  14. halia, lengkuas, kunyit
  15. Rempah ratus (bunga lawang, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan adik-beradiknya)
  16. Belacan
  17. KICAP - siapa yg x boleh mkn nasi tanpa kicap tu, mmg kene survive lah. Mesir x de soy sauce. Kalau oyster sauce utk masak tu adalah
  18. Sos cili, sos tiram - bawa yg refill tu lah, takde la berat sangat bw botol kaca tu. Sos cili mesir rasa sos tomato. dwrg x makan pedas.
  19. Perencah nasi goreng (variety), mee goreng, sup sayur - crucial utk awal2 ni, sbb x terer masak sangat kan dan juga crucial waktu time exam.
  20. Lesung batu (jika perlu)
  21. Maggie kari/tomyam/asam laksa - kat sini Maggie x de tp penggantinya adalah IndoMee
Barang mentah -biasanya makan ayam, daging dan ikan lah. ikan byk je yariety yg ada : keli, sardin, etc. Sotong harganya ok lah. tp udang mmg agak mahal. Ketam pun ada... So, no worries ! Oh ye, kerang pun kat certain tempat ade. Lala(remis) pun ada.

MINUMAN

  1. Ovaltine / Milo - kat sana ada je hot chocolate drink, tapi x sesedap m'sia lah
  2. Milk product - berlambak2. Jangan risau. Susu tepung ada, fresh milk dalam kotak ada, susu kambing yg betul2 pure sampai kene masak dulu atas api pun ada. 
MINUMAN
1. ovaltine (milo boikot kan?)- kat sana ada je hot chocolate drink, but tak sesedap msia lah
2. milk product- berlambak2.hehe.jgn risau ye.susu tepung ada, fresh milk dlm kotak ada,susu kambing yg betul2 pure smpi kena masak dulu atas api pun ada. *susu sejat ada, tp mahal sikit. Susu pekat memg takde.huuuu
3. kordial – kat sana byk jus(oren,mangga,epal etc). YG TAKDE-> sirap, sarsi,ribena
4. caffeine-boleh didapati dgn byk dan pelbagai jenis.

ELECTRICAL APPLIANCE
brg elektrik kat sana tak sekebal Msia, so,cdgn akak adlh: pakat dgn housemates,bahagi2kan electrical appliance
1)periuk nasi (tak yah besar2 sgt pun takpe)
2)water boiler
3)blender
4)iron
5)extension wire- yg ni optional .but extension sana memg cepat rosak laaa.huuuu. Kat mesir guna plug dua pin. Bawaklah beberapa adapter dari msia. Sbb nanti awal2 ni, takut kelam kabut kan.
6) adapter 2 pin(international plug). kat sini plug 2 pin. korg akn sngt memerlukan adapter nnt.huu

PAKAIAN
Baju melayu lengkap 2 pasang( nak bawa lebih pun x pe)
Kot/blazer untuk program-program rasmi dan kehormat
BAJU BATIK(kalau ada) – untuk hari raya dan hari kehormat..tp biasanya hari raya org pakai baju melayu atau jubah yg dibeli disana dan hari kehormat pakai baju kemeja/ baju batik.
Songkok
Samping
Pakaian sukan
Pakaian harian
Pakaian solat
Sejadah
Kasut->kita kat sana memg byk jalan, so,akak suggest, bawaklah kasut yg berkualiti awal2 dari msia. Kasut kat mesir ni, tapaknya keras sikit, tak seselesa msia. But branded shoes ade je kat sana(but then, branded shoes kat msia memg lagi murah). Dan kasut, bawaklah color yg gelap. Mesir negara berdebu, bwk kaler putih kang, gerenti kena basuh every week.
Stoking -> kat mesir ada jual stoking sandy dkt Hussein. Kain licin,x mudah koyak & sedap untuk dipakai..untuk permulaan ni bawalah secukupnya sbb nak g sana bukannya dekat..
Segala pakaian wajib
Basically, hari2 ramai yg pki baju kurung g kuliah.ok je lah, org ARAB tak pandang pelik pun. but kat sana byk jual blaus yg best n skirt yg best.hehe.
Tudung- >org arab kebanyakannya pakai selendang. So, agak susah lah kan. antunna bawaklah tudung secukupnya dari Malaysia. Tapi kat certain tempat, ade je jual kain tudung; kita beli ikut meter, potong sendiri n jahit tepi sendiri =) Oh ye, serkup yg fesyen msia punya takde jual kat sana. Oh, brooch juga tidak semenarik msia.hehe.
Pakaian winter- winter coat antunna boleh beli kat sana. Tights utk halang angin waktu winter pun boleh beli kat sana je =) tp akk prefer bawak satu dulu dr msia

TOILETTRIES
Jenama international semua ada dijual- shower foam,syampu, ubat gigi, pencuci muka,deodorant(spray, tak spray), lipbalm, lotion,cologne semua ada. (sbb jr sekolah akak sebelum ni pernah risau sgt smpi nak bawak semua benda ni utk bekalan setahun punya). Bawak dlm kuantiti utk sebulan dua ok lah. *Jenama yg ada-lux ,sunsilk , dove, nivea, rejoice, pantene, colgate, Johnson, clean n clear; semua ade laa.jgn risau. But kbyknnya yg patut kita boikot kan.. tapi takpe, sebab kat mesir banyak je jenama alternative. tp prefer bawak dr msia sikit dulu.

UBAT-UBATAN
- ubat pijat
- minyak angin/minyak gamat/koyok
- ubat-ubatan penting -Jika anda mengalami masalah kesihatan, pastikan anda tahu nama ubat anda dengan tepat, supaya senang dicari diMesir nanti

Bag kuliah  Bawaklah beg satu, sebab mudah nak  bawak barang

STATIONARIES
liquid paper, eraser and etc
Farber castell (tak tau la eja betul ke tak), yg made in msia, boleh didapati di mesir (pen) PILOT ada. STAEDTLER pun ade. Ok je kan.iA boleh je survive kan even tak de stationaries yg best pun. Antunna bawak lah colour LUNA tu. Colour luna tu kan cantekk.heheh colour untuk bdk medic mmg perlu tp kalau yg amik agama x tau la perlu bawa atau tidak

PERHUBUNGAN TELEFON & INTERNET
ada je line etisalat.0.15 genih/min untuk panggilan dan 0.30 genih/sms.so,kat sana lebih prefer call dr msg Internet di mesir – ada banyak option.
(1) byk je cybercafé (lebih sesuai utk ikhwah)
(2)internet thru hp sgt murah-1 le [rm 0.62] utk tempoh 24 jam – x pasti skrg ni naik @ x
(3)kalau nak setup internet kat rumah, boleh tarik wayar dari cc (4)tapi yg paling ok adalah wifi sbnrnya.nanti sampai sana boleh mintak tolong seniors antunna.jgn risau ye
(5)broadband- rmi dah student msia yg guna.usb modem tu semuanya memg kat sana lah.sebab direct dgn telecommunication company tu (149LE/month)

UTMOST IMPORTANT THING AL-QURAN AL-KARIM->manual hidup kita kan ni..mana boleh tak bawak.kalau tak bawak, habis laaa. Cube bayang kita nak guna iphone, tapi takde manual…ape akan jadi??sia2 je hp mahal2 tu kan. KITA as MUSLIM pun patut tahu dan KENA belajar lah guna manual yg ALLAH dah kasi tu.  Dicadangkan agar bawak al-quran yg kecil. Senang nak bawak ke mana2 . takde laa nanti tak bawak quran g kelas sbb takut beg berat. PALING PENTING, bawak quran yg BERSERTA TERJEMAHANnya ya. Cube bayang kalau kite sesat jalan kat Germany, dan takde kamus german-melayu kat tgn. Hrmmm,mesti kita akan takkan jumpa jalan keluar kan? mcm tu jugak lah alquran.baaaaanyak lagi benda yg kita kena explore dari kata2 ALLAH tu. Dan bila graduate nanti, for sure kita nak diri kita tersiap-sedia dgn sesuatu yg bukan setakat KULIAH yang kita pergi sahaja.  Kita nak Belajar kat mesir ni, org lain tentu ada high expectation pd kita kan? diri antunna sendiri, mesti ada personal achievement yg nak dicapai bukan??

Maka, nasihat daripada seorang senior,
1.Set niat, set matlamat betul2. 2.Persiapkan diri, mentally, physically. 3.Kita nak jadi MUSLIM yg BERILMU. Kalau niat dah betul, iA jalan tu juga akan jadi jelas… Kita dating ke Mesir ni untuk belajar kan,bukan untuk main.. Akhir kata, Bumi Mesir itu bumi anbia’, bumi tempat lahirnya para nabi,bumi tempat berjuangnya Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Yusof. Tapi Bumi Mesir tu juga bumi firaun yg angkuh, bumi tenggelamnya harta si Qarun yg bongkak tu.. Terpulang pada kita ni,mcm mana nak bentuk diri kita…. Moga kita semua sentiasa dalam naungan ALLAH.

*note dari senior di Mesir

Harap2 usaha yang sedikit ini dapat membantu bagi yang nak pergi ke Mesir..




Tuesday, August 14, 2012

Beri'tikaf 10 Malam Terakhir di Bulan Ramadhan

Part 17 - 

Bismillahirrahmanirrahim..

     Hari ini kita teruskan lagi dengan soalan-soalan kemusykilan yang muncul dalam bulan Ramadhan..

Soalan : 

     Adakah dibolehkan beri'tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan pada malamnya sahaja, atau terkadang keluar untuk keperluan kerja atau lainnya atau tidak genap sepuluh hari ?

Jawapannya Insyaallah  :

     Bagi seorang muslim yang beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan ramadhan hendaklah berniat dan berupaya melaksanakan secara sempurna sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan perkara yang disunatkan dalam i'tikaf adalah sebagaimana hadis Rasul S.A.W :

     " Sunnah bagi yang i'tikaf ialah : tidak menziarahi orang sakit, tidak menghantarkan jenazah, tidak menyentuh wanita dan tidak berhubungan dengannya, tidak keluar untuk suatu keperluan kecuali yang tidak mampu ditinggalkan, tidak i;tikaf kecuali dengan puasa dan tidak i'tikaf kecuali di masjid Jamek"

(Riwayat Imam Abu Dawud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Al-Baihaqi)

     Namun bagi yang tidak dapat menyempurnakan sepuluh hari, atau melaksanakan sebelah malamnya saja, maka harus melaksanakan sekadar yang mampu sahaja, seperti para ulama' ada menyebut dalam kaedah qawaid fiqh :

     "Sesuatu yang tidak dapat diambil semuanya maka jangan ditinggalkan semuanya".

Semoga Bermanfaat : )

Sunday, August 12, 2012

Bolehke Sengaja Membatalkan Puasa??

Part 16

     kali ini kita bincang pula mengenai feqh puasa pula.. disini kita ada dua situasi mengenai feqh puasa

Situasi  (1)

     Ada satu pasangan yang sengaja membatalkan puasa untuk melakukan jima'

manakala pada Situasi (2) pula :

     Pasangan yang bermusafir maka dia boleh untuk tidak berpuasa, tetapi permusafirannya memang niat untuk melakukan jima' - 

Soalannya adalah apakah hukum bagi kedua-dua situasi ini & adakah terdapat denda/fidyah..

Gambar Hiasan


Jawapan bagi kedua-dua situasi ini adalah :

Bagi situasi (1)

     Jika pasangan suami isteri sengaja membatalkan puasa dengan makan sebagai contoh untuk melakukan jima' semata-mata, maka bagi suami ternafi dari membayar denda (kifarah) tetapi perlulah bagi pasangan tersebut untuk menggantikn semula puasa yang telah ditinggalkan.

Bagi Situasi (2) pula :

     Jika bermusafir untuk bertujuan jima', ia juga boleh disamakan dengan situasi yang pertama tadi yang mencari helah supaya dapat mengelakkan daripada dikenakan denda.

Gambar Hiasan


Perhatian!! walaupu perbuatan mencari helah ini mampu mengelakkan ia dari dikenakan denda (kifarah) tetapi ia tidak mampu mengelakkan dirinya dari mendapat laknat Allah S.W.T kerana mereka menggunakan Ilmu untuk kesenangan diri dan untuk memuaskan nafsu syahwat mereka. Perbuatan ini juga dikira sebagai sengaja untuk tidak berpuasa dengan tidak ada sebab yang munasabah dan ia dikira sebagai perbuatan yang haram seolah-olah ia sengaja makan pada siang hari tanpa sebab.

     Ilmu dijadikan untuk beribadah dengan leih yakin kepada Allah, bukan digunakan untuk bermudah-mudah dalam melakukan Ibadah kepada Allah dan sentis mencari rukhsoh untuk kesenangan diri. Wallahua'alam

Qadha Puasa Untuk Arwah

Part 15

Soalan : 

     Adakah dibolehkan qadha puasa untuk si mati seperti ahli keluarga terdekat atau sebagainya, kerana sakit dan tidak mampu untuk berpuasa sehingga beliau meninggal dunia?

Permasalahan ini perlu diperincikan kepada beberapa perkara seperti berikut :

  1. Jika seseorang berbuka puasa dengan sebab keuzuran yang diizinkan oleh syarak, dan keuzuran tersebut berkekalan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia, maka dalam situasi ini tidak perlu kepada ahli keluarga si mati untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan berpuasa ataupun dengan cara membayar fidyah dan dalam masalah ini tidak dikira berdosa seseorang itu kerana si mati berbuka bukan dengan sengaja, serta tidak mampu untuk menggantikan puasa disebabkan menemui ajal lebih awal sebelum sempat melangsaikan puasa yang tertinggal.


     Gambar Hiasan Orang Nazak

Bagaimana dengan keadaan Wanita Yg Hamil & Menyusukan Anak

Part 14

Soalan :

     Bagaimana pandangan syarak tentang kewajiban puasa bagi wanita hamil dan sedang menyusu anaknya ?
Ada atau tidak ada rukhsoh (keringanan) dalam masalah ini. kemudian tentang kewajipan menggantikan puasa yang tertinggal, apakah boleh digantikan dengan fidyah atau tanpa fidyah ?

Wanita Hamil


Jawapannya adalah :

     Dalam permasalaha ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian :

Hal Pertama : Si ibu hanya bimbang akan kesihatannya akan terjejas

     Menurut pandanganImam Hanafi, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad wajib pada si ibu untuk menggantikan puasanya sahaja, manakala menurut Imam Malik perlu membayar fidyah sahaja tanpa perlu menggantikan lagi puasa tersebut.

Hal Kedua :  Si ibu hanya bimbang akan kesihatan anaknya sahaja yang akan terjejas

     Dalam hal ini menurut pandangan Imam As-Syafie dan Imam Ahmad maka wajib pada si ibu untuk menggantikan puasa dan wajib membayar fidyah mengikut julah hari yang telah ditinggalkan.

Gambar Hiasan



Hal Ketiga : Keadaan si ibu yang bimbang akan kesihatan beliau dan kandungannya

     Maka dalam hal ini menurut pandangan Imam Hanafi, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad berpandangan wajib menggantikan sahaja puasa tersebut, tetapi menurut Imam malik sahaja yang berpandangan perlu juga untuk membayar fidyah tanpa menggantikan puasa lagi.

Bahasa Niat Puasa??

Part 13

Soalan :

      Adakah wajib kita niat puasa dalam bahasa arab, atau memadai dengan bahasa melayu?

Niat Puasa Sebulan dan Harian


Jawapannya InsyaAllah:

     Niat tempatnya adalah pada hati, bukannya pada lidah yang melafazkan niat. Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami hatta bahasa Cina atau India. Tetapi lebih baik dan akan mendapat pahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa yang ditutur oleh Nabi Muhammad S.A.W serta merupakan bahasa Al-Quran dan bahsa ahli syurga.

Semoga  bermanfaat buat kita semua..

Menonton Filem Di Bulan Ramadhan

Part 12

Soalan :

     Apakah hukum menonton filem-filem dalam bulan ramadhan? Adakah dibolehkan atau akan terbatal puasa dengan melihat drama atau filem yang ditayangkan ketika dibulan Ramadhan?



Jawapannya :

     Bulan Ramadhan adalah bulan yang dikhususkan oleh Allah kepada ummat Nabi Muhammad S.A.W untuk memperbanyakkan ibadah samada wajib ataupun perkara-perkara yang sunat, maka tidak sepatutnya kita membuang masa untuk melihat perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa, sebaliknya mengambil peluang ketika berada dalam bulan yang penuh keberkatan untuk menggandakan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Namun begitu berkenaan dengan hukum, tidaklah sampai terbatal puasa seseorang hanya dengan melihat drama atau filem. Tetapi lebih baik cuba elakkan dari menonton lebih-lebih lagi cerita-cerita yang boleh menaikkan hawa nafsu di bulan Ramadhan ini..

Tidur Siang Di Bulan Puasa


Part 11

Soalan :

     Adakah tidur dibulan ramadhan akan mengurangkan pahala puasa seseorang?



Jawapannya :

      Tidur disiang hari tidak akan mengurangkan pahala puasa, sebaliknya seseorang itu berada dalam keadaan kerugian kerana tidak melakukan amalan dengan sebanyak mungkin ketika berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Sebaliknya apa yang telah disebut oleh Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah mengatakan bahawa jika seseorang itu takut pada dirinya dari melakukan maksiat  maka dibolehkan untuk tidur, tapi janganlah kita menggunakan alasan ini untuk kita sentiasa tidur sepanjang bulan Ramadhan ini tanpa melakukan ibadah langsung, sebaiknya cuba mengawal diri kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Bolehkah Wanita Yg Suci Dari Haid Tapi X Sempat Mandi Untuk Berpuasa

Part 10

Soalan :

     Bagaimana jika seorang wanita yang suci dari haid sebelum subuh dan masih belum sempat mandi wajib sehingga lepas subuh, adakah dibolehkan kepada dia untuk berpuasa?

Gambar Hiasan


Jawapannya :

     Diwajibkan kepadanya berpuasa walaupun belum mandi, kerana mandi junub dapat diakhirkan dan tidak mempengaruhi puasanya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis :

"Adalah Rasulullah SAW mendapatkan waktu fajar, padahal masih junub dari perhubungan dengan isterinya, kemudian beliau mandi dan puasa"

(Muttafaqun 'Alaih)

Telan Kahak, Air Liur, Darah Pada Gusi Ketika Berpuasa

Part 9

Soalan : 

     Apa hukum seseorang menelan kahak, air liur yang banyak dan darah yang ada pada gusi?

Kalenjar Air Liur

Rongga Hidung Yang Bermasalah Boleh
Menjadi Pencetusnya Kahak


Jawapannya :

     Tertelan kahak tidak akan terbatal puasa jika kahak tersebut berada di bawah kerongkong (makhraj huruf خ ), dan jika kahak tersebut berada atas daripada kerongkong dan tertelan dalam keadaan mampu untuk meludahnya tetapi tidak berbuat demikian maka puasanya akan terbatal. Manakala jika tertelan air liur dan darah pada gusi yang sedikit dan tidak dapat dielakkan, maka dimaafkan :)

Gusi Berdarah


Mengetahui Waktu Berbuka Ketika Di Dalam Kapal Terbang


Part 8 

Soalan :

     Bagaimanakah puasa bagi orang yang menaiki kapal terbang untuk mengetahui waktu berbuka puasa? adakah dengan mengikut waktu tempatan atau waktu destinasi yang hendak dituju???

Jawapan :

     As- Syeikh Dr. Yusuf Al-Qarawi, telah mengeluarkan fatwa mengenai fatwa mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang mereka berada di atanya.

Pemandangan Matahari Terbenam  Daripada
Dalam Kapal Terbang


     Mengikut fatwanya, setiap penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang dia berada di atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata mereka.

Makanan dalam kapal terbang


     Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat-tempat yang tinggi maka akan lewatlah mereka berbuka puasa berbanding mereka yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah datar, kerana waktu terbenamnya matahari dari penglihatan mereka lebih lewat dari waktu yang biasa.