Assalamualaikum.. sekarang berada dalam bulan 9..sudah menjadi kebiasaan bahawa para pelajar yg cemerlang dalam pelajaran akan dihantar ke luar negara untuk meneruskan pengajian mereka. Beberapa orang sahabat saya dari SAMBBST akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang pengajian Islam.. Mereka ada yang dah menyediakan barang2 keperluan untuk dibawa ke sana tapi yela kan..kita buat juga la Senarai Semak sebelum ke Mesir..mana lah tau ada yg tertinggal pulak barang2 yg penting untuk dibawa tu..ok barang2 yg perlu dibawa adalah
salinan dokumen-dokumen penting.
1) salinan kad pengenalan diri sendiri
2) salinan kad pengenalan ibu bapa.
3) salinan kad pengenalan adik beradik
4) salinan surat beranak (diri sendiri/ibubapa/adik beradik)
5) salinan slip/sijil spm, stam, matrikulasi, diploma
6) salinan surat tawaran (universiti)
7) Salinan penyata gaji ibu bapa/kad pencen/borang
EA/borang EC
8) Gambar passport
Kalau korang nak
lagi sistematik, scan lah dokumen-dokumen penting itu dan masukkan dalam
pendrive.
Isikan pendrive anda dengan scan dokumen di atas & scan Buku Bank, kad bank , IC parent, gambar passport yang terbaik dan lain-lain yg
berkaitan, kadang-kadang kita kena buat urusan melalui online jika kad bank
kita tak dapat berfungsi.
Kad bank HSBC/BSN. Hanya dua bank
ini sahaja yang boleh digunakan di mesir dan pastikan kad ini diaktifkan. Tapi
bank HSBC yang mudah dijumpai.. PASTIKAN AKTIF!!
Tinggalkan segala buku bank, kad pengenalan, Sijil
asal, Lesen Memandu dan barang-barang penting
di Malaysia
Passport – PASSPORT adalah nyawa anda di mesir.
Visa tu x pasti la..cube Tanya pegawai yg akan bawa korang. Kalau visa tu korg tanya la orang yg membawa korg ke mesir macam mana. perlu buat atau x.
Kamus - Bawalah kamus yang berkaitan
Tukar
duit - Tukar
duit Malaysia kepada Dollar, sebab kat mesir tak laku dah duit Malaysia, kalau
ada orang bagi kat airport, cepat-cepat gi tukar ataupun bagi kat parent untuk
tukar n masukkan dalam bank , tukarlah USD 500 dan letakkan kat baju sikit, kat
dalam beg besar sikit, beg kecik sikit, takut kat airport polis check, dia akan
banyak Tanya...
MAKANAN
- Serbuk santan(packet) - jgn bawa yg liquid,nanti beg berat @ pecah
- Serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
- Jintan Halus (ayam goreng berempah)
- Serbuk kunyit, halia
- Cili kering/ serbuk cili - ade je cili kering kat sane (filfil ehmer) but sgt pedas
- Lada Hitam
- Asam jawa, asam keping, asam pedas
- Ikan bilis, udang kering, ikan masin, ikan kering - semua ni takde kat sana. Optional lah. Ikan bilis & udang kering agak penting
- Kiub ikan bilis - (kiub ayam Tak Perlu. Ada banyak kat sana)
- Kiub/pes Tomyam
- Budu/cencaluk/tempoyak
- Bihun - mmg x de kat sana. Biasa breakfast, ktwrg rebus mee spaghetti tu je, n then buat mee goreng. Kalau nak kasi cantik sikit, waktu rebus mee, letak kunyit sikit, so, akan jadi mcm mee kat msia lah.
- Serai yg dkeringkan, daun kunyit,daun kari,daun kesum,daun limau purut etc
- halia, lengkuas, kunyit
- Rempah ratus (bunga lawang, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan adik-beradiknya)
- Belacan
- KICAP - siapa yg x boleh mkn nasi tanpa kicap tu, mmg kene survive lah. Mesir x de soy sauce. Kalau oyster sauce utk masak tu adalah
- Sos cili, sos tiram - bawa yg refill tu lah, takde la berat sangat bw botol kaca tu. Sos cili mesir rasa sos tomato. dwrg x makan pedas.
- Perencah nasi goreng (variety), mee goreng, sup sayur - crucial utk awal2 ni, sbb x terer masak sangat kan dan juga crucial waktu time exam.
- Lesung batu (jika perlu)
- Maggie kari/tomyam/asam laksa - kat sini Maggie x de tp penggantinya adalah IndoMee
Barang mentah -biasanya makan ayam, daging dan ikan lah. ikan byk je yariety yg ada : keli, sardin, etc. Sotong harganya ok lah. tp udang mmg agak mahal. Ketam pun ada... So, no worries ! Oh ye, kerang pun kat certain tempat ade. Lala(remis) pun ada.
MINUMAN
- Ovaltine / Milo - kat sana ada je hot chocolate drink, tapi x sesedap m'sia lah
- Milk product - berlambak2. Jangan risau. Susu tepung ada, fresh milk dalam kotak ada, susu kambing yg betul2 pure sampai kene masak dulu atas api pun ada.
MINUMAN
1. ovaltine (milo boikot kan?)- kat
sana ada je hot chocolate drink, but tak sesedap msia lah
2. milk product- berlambak2.hehe.jgn
risau ye.susu tepung ada, fresh milk dlm kotak ada,susu kambing yg betul2 pure
smpi kena masak dulu atas api pun ada. *susu sejat ada, tp mahal sikit. Susu
pekat memg takde.huuuu
3. kordial – kat sana byk
jus(oren,mangga,epal etc). YG TAKDE-> sirap, sarsi,ribena
4. caffeine-boleh didapati dgn byk
dan pelbagai jenis.
ELECTRICAL APPLIANCE
brg elektrik kat sana tak sekebal
Msia, so,cdgn akak adlh: pakat dgn housemates,bahagi2kan electrical appliance
1)periuk nasi (tak yah besar2 sgt pun
takpe)
2)water boiler
3)blender
4)iron
5)extension wire- yg ni optional .but
extension sana memg cepat rosak laaa.huuuu. Kat mesir guna plug dua pin.
Bawaklah beberapa adapter dari msia. Sbb nanti awal2 ni, takut kelam kabut kan.
6) adapter 2 pin(international plug).
kat sini plug 2 pin. korg akn sngt memerlukan adapter nnt.huu
PAKAIAN
Baju melayu lengkap 2 pasang( nak
bawa lebih pun x pe)
Kot/blazer untuk program-program
rasmi dan kehormat
BAJU BATIK(kalau ada) – untuk hari
raya dan hari kehormat..tp biasanya hari raya org pakai baju melayu atau jubah
yg dibeli disana dan hari kehormat pakai baju kemeja/ baju batik.
Songkok
Samping
Pakaian sukan
Pakaian harian
Pakaian solat
Sejadah
Kasut->kita kat sana memg byk jalan,
so,akak suggest, bawaklah kasut yg berkualiti awal2 dari msia. Kasut kat mesir
ni, tapaknya keras sikit, tak seselesa msia. But branded shoes ade je kat
sana(but then, branded shoes kat msia memg lagi murah). Dan kasut, bawaklah
color yg gelap. Mesir negara berdebu, bwk kaler putih kang, gerenti kena basuh
every week.
Stoking -> kat mesir ada jual
stoking sandy dkt Hussein. Kain licin,x mudah koyak & sedap untuk
dipakai..untuk permulaan ni bawalah secukupnya sbb nak g sana bukannya dekat..
Segala pakaian wajib
Basically, hari2 ramai yg pki baju
kurung g kuliah.ok je lah, org ARAB tak pandang pelik pun. but kat sana byk
jual blaus yg best n skirt yg best.hehe.
Tudung- >org arab kebanyakannya
pakai selendang. So, agak susah lah kan. antunna bawaklah tudung secukupnya
dari Malaysia. Tapi kat certain tempat, ade je jual kain tudung; kita beli ikut
meter, potong sendiri n jahit tepi sendiri =) Oh ye, serkup yg fesyen msia
punya takde jual kat sana. Oh, brooch juga tidak semenarik msia.hehe.
Pakaian winter- winter coat antunna
boleh beli kat sana. Tights utk halang angin waktu winter pun boleh beli kat
sana je =) tp akk prefer bawak satu dulu dr msia
TOILETTRIES
Jenama international semua ada
dijual- shower foam,syampu, ubat gigi, pencuci muka,deodorant(spray, tak
spray), lipbalm, lotion,cologne semua ada. (sbb jr sekolah akak sebelum ni
pernah risau sgt smpi nak bawak semua benda ni utk bekalan setahun punya). Bawak
dlm kuantiti utk sebulan dua ok lah. *Jenama yg ada-lux ,sunsilk , dove, nivea,
rejoice, pantene, colgate, Johnson, clean n clear; semua ade laa.jgn risau. But
kbyknnya yg patut kita boikot kan.. tapi takpe, sebab kat mesir banyak je
jenama alternative. tp prefer bawak dr msia sikit dulu.
UBAT-UBATAN
- ubat pijat
- minyak angin/minyak gamat/koyok
- ubat-ubatan penting -Jika anda mengalami masalah kesihatan,
pastikan anda tahu nama ubat anda dengan tepat, supaya senang dicari diMesir
nanti
Bag
kuliah Bawaklah beg satu, sebab mudah nak bawak barang
STATIONARIES
liquid paper, eraser and etc
Farber castell (tak tau la eja betul
ke tak), yg made in msia, boleh didapati di mesir (pen) PILOT ada. STAEDTLER
pun ade. Ok je kan.iA boleh je survive kan even tak de stationaries yg best
pun. Antunna bawak lah colour LUNA tu. Colour luna tu kan cantekk.heheh colour
untuk bdk medic mmg perlu tp kalau yg amik agama x tau la perlu bawa atau tidak
PERHUBUNGAN TELEFON & INTERNET
ada je line etisalat.0.15 genih/min
untuk panggilan dan 0.30 genih/sms.so,kat sana lebih prefer call dr msg
Internet di mesir – ada banyak option.
(1) byk je cybercafé (lebih sesuai
utk ikhwah)
(2)internet thru hp sgt murah-1 le
[rm 0.62] utk tempoh 24 jam – x pasti skrg ni naik @ x
(3)kalau nak setup internet kat
rumah, boleh tarik wayar dari cc (4)tapi yg paling ok adalah wifi sbnrnya.nanti
sampai sana boleh mintak tolong seniors antunna.jgn risau ye
(5)broadband- rmi dah student msia yg
guna.usb modem tu semuanya memg kat sana lah.sebab direct dgn telecommunication
company tu (149LE/month)
UTMOST IMPORTANT THING AL-QURAN AL-KARIM->manual
hidup kita kan ni..mana boleh tak bawak.kalau tak bawak, habis laaa. Cube
bayang kita nak guna iphone, tapi takde manual…ape akan jadi??sia2 je hp mahal2
tu kan. KITA as MUSLIM pun patut tahu dan KENA belajar lah guna manual yg ALLAH
dah kasi tu. Dicadangkan agar bawak
al-quran yg kecil. Senang nak bawak ke mana2 . takde laa nanti tak bawak quran
g kelas sbb takut beg berat. PALING PENTING, bawak quran yg BERSERTA
TERJEMAHANnya ya. Cube bayang kalau kite sesat jalan kat Germany, dan takde
kamus german-melayu kat tgn. Hrmmm,mesti kita akan takkan jumpa jalan keluar
kan? mcm tu jugak lah alquran.baaaaanyak lagi benda yg kita kena explore dari
kata2 ALLAH tu. Dan bila graduate nanti, for sure kita nak diri kita
tersiap-sedia dgn sesuatu yg bukan setakat KULIAH yang kita pergi sahaja. Kita nak Belajar kat mesir ni, org lain tentu
ada high expectation pd kita kan? diri antunna sendiri, mesti ada personal
achievement yg nak dicapai bukan??
Maka, nasihat daripada seorang senior,
1.Set niat, set matlamat betul2.
2.Persiapkan diri, mentally, physically. 3.Kita nak jadi MUSLIM yg BERILMU.
Kalau niat dah betul, iA jalan tu juga akan jadi jelas… Kita dating ke Mesir ni
untuk belajar kan,bukan untuk main.. Akhir kata, Bumi Mesir itu bumi anbia’,
bumi tempat lahirnya para nabi,bumi tempat berjuangnya Nabi Musa,Nabi
Harun,Nabi Yusof. Tapi Bumi Mesir tu juga bumi firaun yg angkuh, bumi
tenggelamnya harta si Qarun yg bongkak tu.. Terpulang pada kita ni,mcm mana nak
bentuk diri kita…. Moga kita semua sentiasa dalam naungan ALLAH.
*note dari senior di Mesir
Harap2 usaha yang sedikit ini dapat membantu bagi yang nak pergi ke Mesir..